Sepatutnya bagi aku tahun ini… Aku melihatĀ bulan 2 bukanlah bulan yang boleh dikira sebagai bulan valentine… Tapi lebih layak lagi kalau bulan valentine itu diadakan pada bulan 5 tahun ini… Sebab apa? Sebab bulan ini aku rasa banyak gila pasangan-pasangan yang dah mula mahu mendirikan rumahtangga… Dan tidak kurang juga ada kawan-kawan aku yang dah mula jumpa pasangan masing-masing pada bulan ini… Owh… Sweetnya… Aku, bila setiap kali tahu si polan dengan si polan sedang bercinta… Aku dengan segera akan mengusik… Ayat yang paling aku suka guna…”Dengar cerita ko bahagia sekarang?’… Dan kawan-kawan aku yang terkena ayat yang macam itu mesti akan rasa malu-malu kucing… Takpun akan tersengih-sengih macam kerang busuk… Atau lebih tepat lagi, suka sangat buat muka-muka toye, seolah-olah menagih simpati supaya aku boleh flying kick dorang dari jauh…
Adakah dengan bertanya soalan macam itu menunjukkan aku ini seorang yang suka membahan-bahan mereka atau cuba mengejek-ngejek kecil mereka… Tidak… Sikit pun tidak… Sebab, dalam sudut hati aku ini… Aku rasa macam aku juga berkongsi sebahagian dari kebahagian yang mereka alami sekarang… Yang aku ceritakan ini bukan merujuk kepada semua orang… Tapi lebih menrujuk kepada kawan-kawan rapat aku sendiri… Kawan-kawan yang aku tahu selok-belok kisah cinta mereka… Yang aku dah saksikan suka-duka ditinggalkan oleh kekasih hati dan bersusah-payah cuba membina balik semangat diri… Jangan pula korang rasa ayat aku ini nampak macam dramatik gila… Macam aku cuba memperbesar-besarkan cerita… Sedangkan… Inilah hakikat yang aku sendiri nampak… Tapi belum sepenuhnya pernah aku rasa… Ohoi…
Ok… Cukup sampai situ… Aku takut nanti ada orang salah faham dengan apa yang aku tulis pula…
Owh… Baru-baru ini aku ke Perlis, kawan baik masa aku belajar di Kedah dulu kahwin… Sangat jauh dan penat… Tapi sebab memikirkan yang sebelum ini aku dah berjanji dengan dia untuk datang ke majlis kahwin dia… Maka aku nekad pergi… Walaupun janji itu janji yang dibuat hampir 3 tahun yang lepas…
Ada satu waktu… Kawan aku yang kahwin tuh, offer pula aku tangkap gambar dia dengan isteri dia dalam bilik dorang… Mula-mula segan juga aku… Maklumlah, aku pakai digital camera jer… Tambah-tambah pula dorang memang dah upah cameraman lain yang lebih bertauliah… Tapi waktu aku sedang-sedang asyik seronok tangkap gambar dorang posing… Entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam happy sangat… Macam aku pula yang kahwin… Ohoi… Mungkin sebab aku rasa happy tengok dorang macam itu… Sebab aku… Bila tengok orang lain bahagia… Aku secara automatik pun akan jadi bahagia juga… Masa nak balik… Aku salam dan peluk kawan baik aku… Aku bisikkan pada telinga dia… “Jep… Selamat pengantin baru… Semoga bahagia ke anak cucu… Aku rasa happy giler tengok ko dah kahwin”… Kemudian di balas balik bisikan pada telinga aku.. “Terima kasih ris… Mekasih sebab hang datang jauh-jauh tengok aku… Time hang nanti kompom aku datang”… Aku tergelak besar… Aku kata pada dia “Time aku lambat lagi jep”…
Masa dalam kereta… Aku termenung sendiri… Melihat sawah padi yang masih kelihatan hijau muda kerana baru ditanam… Pohon-pohon tebu yang tumbuh banyak di tepi-tepi jalan… Aku terfikir… Entah bila lagi aku akan jumpa kawan-kawan aku semua… Sebab… Kebanyakan dari mereka yang aku jumpa waktu kenduri tu… Semuanya sesudah 3 tahun berlalu… Selepas ini… Adakah setelah berlalunya 3 tahun… 13 tahun atau 30 tahun baru aku dapat jumpa mereka semua kembali?

Dalam bas… Bekem, kawan aku, sibuk berceloteh pasal kawan-kawan kami yang sudahpun peroleh kerja yang bagus-bagus dan tidak ketinggalan juga kawan-kawan kami yang sudahpun selamat mendirikan rumah tangga… Seolah-olah ada unsur cemburu pada nada suaranya…
Aku cakap pada dia… Tentang satu prinsip yang aku pegang dalam diri bila setiap kali aku lihat Allah bagi sedikit kelebihan rezeki pada orang lain…
“Kita nih kan Bekem… Allah memang dah tentukan rezeki masing-masing… Tinggal cepat atau lambat jer kita nak dapat rezeki tuh…
Jadi… Dalam hidup ini… Kita memang kena banyak bersabar… Dan yakin dengan segala cara dan ketentuan-Nya…
