mache di hati kawe…. tol ke?

26 03 2009

Owh… Perjalanan ke Kelantan dengan berkereta memang meletihkan… Lebih-lebih lagi untuk orang macam aku… Orang macam aku?… Iye… Orang macam aku yang buat pertama kali ke Kelantan sepanjang aku hidup dalam 24 tahun ini… Atau hampir tepat lagi… 23 tahun dan 8 bulan… Rata-rata reaksi kawan-kawan yang aku beritahu bahawa aku akan ke Kelantan baru-baru ini… Semuanya akan tergelak besar… Macam tidak percaya… Kenapa? Sebab… Sebab… Sebab… Aku ada rahsia aku sendiri yang aku taknak ceritakan dekat korang sampailah tiba saatnya nanti… Ohoi…

Ok… jadi berbalik pada cerita tentang aku berkunjung ke Kelantan… Sebenarnya bila seorang crew production kat tempat aku tawarkan aku untuk ikut bersama… Aku segera bersetuju… Sebab utama… Bukan pasal aku mahu berkunjung ke Kelantan semata-mata… Tapi sebab aku mahu dapatkan pengalaman bekerja di Kelantan… Erk… Logik tak sebab aku? Ok… Tak berapa nak logik kan? Korang baca lagi apa yang aku tulis nih… Sebenarnya… Tempat aku praktikal sekarang, ialah sebuah production house… Iye… Korang yang tak tahu menahu tentang latar belakang pendidikan aku, mesti akan rasa benda ini biasa-biasa saja… Tapi untuk pengetahuan korang… Aku adalah seorang pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan mekatronik… jadi… Bila orang macam dalam bidang aku menjalani latihan industri di sebuah production house… Itu mestilah menjadi satu keganjilan kan? Lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar kejuruteraan macam aku… Kan? Kan? Kan? Eh korang paham ke tak nih? Kalau tak paham takpe… Nanti korang boleh direct hantar komen kat aku… Insya’Allah… Aku akan teerangkan balik kat korang dengan sebaik mungkin…

Jadi tugas aku di kelantan sebenarnya adalah sebagai assistant production… Wah… Tengok… Kan lari dengan bidang yang aku belajar… Macam kata Wak Dol… Aku ini dah menceburi bidang terjun… Ohoi… Aku duduk dalam 4 hari di Kelantan cuba-cuba menyiapkan satu video korporat untuk UiTM Kelantan… Dan ada 3 buah UiTM di sana yang aku lawati… UiTM Machang yang penuh dengan pelajar-pelajar perempuannya ayu lagi pemalu… UiTM Kota Bharu yang banyak dengan pelajar perempuannya yang cantik lagi gedik… Dan UiTM Jeli yang tiada pelajar langsung… Baik lelaki mahupun perempuan…

jadi apa tugas aku? Mudah sangat… Ambil still photo… dan kadang-kdang menolong cameraman dan production management aku meng”setup”kan suasana pelajar-pelajar di setiap UiTM itu supaya rakaman yang dorang ambil nanti… Nampak hidup… Mudah kan… Dan itulah pengalaman yang aku mahu sebenarnya… Pengalaman yang aku rasakan jauh berbeza dari rakan-rakan aku yang lain yang juga sedang menjalani latihan berpraktikal di tempat masing-masing…

Bila aku pulang ke KL… Semua kawan-kawan aku tanya… Apa citer? Best tak Kelantan? Aper ko buat kat sana? Aper macam Kelantan?… Jawapan aku… “Kelantan… Macam-macam ada” Baik dari orangnya yang peramah… Mahupun makanan yang murah-murah… Yup… Aku tentunya akan rindukan Kelantan dalam masa terdekat ini… Lebih-lebih lagi Machang…

Ini ada satu senario yang boleh buatkan korang ketawa… Aku harap lah korang ketawa… Sebab waktu ini… Aku memang dah jadi malu giler…

Senario di sebuah bengkel lukisan/pertukangan or whatever…

Aku yang bajet hensem: Dik2… Pandanglah kamera… Abang nak ambik gamba nih?

Si gadis yang ayu duduk bersimpuh sambil bertukang menjawab…

“Taknaklah… Malu”

Aku yang bajet hensem: Ok lah… Kalau camtuh abang ambik sipi muka jer… Adik angkatlah muka tuh…

Si gadis yang ayu duduk bersimpuh sambil bertukang menjawab lagi…

“Ish… Takmoh2…”

Aku yang bajet hensem:Ok lah… Kalo adik taknak pandang kamera… adik pandanglah abang…

Si gadis yang ayu duduk bersimpuh sambil bertukang, memandang aku sambil tersenyum… Lalu tergelak besar…

Tindakan aku lepas itu… Pandai-pandailah korang tafsir ek…

P/S: Kalau mahu menjiwai dialog gadis ayu yang duduk bersimpuh sambil bertukang itu… Korang kena baca dengan loghat kelantan yang sangat pekat… kalau malu takpe…. Baca senyap2 dalam hati… Ok…

huhu

Seperti biasa… Gambar aku jarang akan muncul untuk entri-entri yang aku tulis… Kalau orang lain punya entri… Itu belakang cerita…


Actions

Information

10 responses

27 03 2009
pika

ptt la status ym lain mcm je. hatiku tertinggal di mana2 ntah. :p

eh faris, lahir bln 12 how come boleh jd 23 thn 8 bln?
oh, concern betol aku. hahaha.

27 03 2009
farisabdrazak

pika;
yup..hehe…erk… alamak… sy dah buat perkiraaan yg salah nih… bukan 23 taun 8 bln… tp 23 tahun 4bulan…hehe… adui..mengira pun kantoi… ptt la matematik bukan fav subjek sy…hehe.. tq pika sebabmengingatkan..

27 03 2009
aqilah.amin

ya allah. lari gile dr bidang time praktikal!
seriously i thought faris dr bidang mass comm or etc.
grrr~~~ lari rupenye. next year qila plak practical.
n it should b this way. i mean dgn production house.
since qila ambik broadcasting. waaaaaaaaa. takot ah!

and. qila pon ske carik pengalaman baru.
seriously i want to. act my life. ade 2 goals-
1 – berjaya n bahagia dunia n akhirat
2 – try @ learn to do new things everyday / go to a place that i’ve never been b4. at least once in a lifetime.

kelantan. ade keunikan tersendiri.
owh nenek qila belah abah d machang. eheh.
lame da x blk kmpng. abah bz d srwk.
anyway. nice. new experienced. i like~ =]

btw. ade fs/fb/ms? nak email? maw add.

27 03 2009
farisabdrazak

qila;
hehe..dulu sy slalu sangka bidang mass comm nih ntok budak2 yg poyo..hehe..dulu… tp mayb tuhan nak tnjukkan sesuatu kat sy n finally sy sindri yg terjebak dalam bidang2 camnih… n seriously its very exciting experience..lbey2 lagi bila blaja bende2 baru..

takut nk prac? hehe… practicl la salah satu perkra yg best waktu belajar… jgn takut nk menghadapi sesuatu yang baru…huhu…

owh.. facebook sy… qila lah check nick sy faris abd razak… kalo x jumpa gtau ek…

27 03 2009
aqilah.amin

amboi. haha. tu larh. jgn pndng seblah mate.
but its ok. majoriti org pon berpendpt mcm tuh.
even qila pon mule2 ambik kos nih…x de sape support.
parents suruh ambik law. tp qila tolak.
qila pk abis masak n ambik nih…
kwn2 skola esp mrsm sume marah. sbb lari dr dunia sains.
cam useless. ckgu pon ade sorang je support.
lame2 die org tgk qila enjoy… then die org support..
haha. happy. yg penting qila minat!

lgpon. dpt ilmu baru. lain dgn sains.
sini ilmu yg more 2 practical plak.
mmg sonok. kwn2 lain pun da start jeles. hee.
harap2 nnt sambung study lg.
buktikan bidang nih bkn utk bebdk poyo je! haha.

owh. fb jrng qila on. haha. x pe.
qila cari. =]

27 03 2009
Aku bajet kurang hensem (boter)

hahah.. ak ingat tiltle ko “macha dihati ku ” … rindu macha kot

27 03 2009
farisabdrazak

qila;
aper bidang yg kiter pilih pun x kisah…jnj kita njoy ng pilihan kiter… kamu bruntung sbb leh pilih bidang yg kamu suker…huhu…:)

boter;
mache la..bukan macha… macha watper… tiap2 minggu leh jumpa..huh…

14 04 2009
ELISE

kamu kachak

14 04 2009
ELISE

pandai amik picture ek

20 04 2009
aynalnal

elehh mesti edit kat browse picnik nyh. hhhaahha.
bajet ak tataww ;DDDD

Leave a comment