Sekolah itu letaknya atas bukit… Kalau dari rumah aku… Perlu berjalan hampir 1/2 kilometer… Ya jaraknya memang tidak berapa jauh… Tapi sebab perlu meredah bukit yang sudah bertar dengan batu-batu hitam jalan raya… Aku rasa perjalanan ke sekolah itu sedikit meletihkan… Kadang-kadang… Jalan untuk ke sekolah boleh jadi sibuk dengan kenderaan yang lalu-lintas… Baik di awal pagi… Mahupun di lewat petang…
Sekolah itu sekolah campur… Punya pelbagai kaum yang berbilang bangsa… Tapi masih majoritinya anak-anak melayu… Yang peliknya… Aku tiada seorang pun kawan rapat yang berbeza bangsa dengan aku sepanjang aku belajar di sekolah itu… Bukan sebab aku ini bersikap perkauman, tapi mungkin aku sendiri yang tidak punya kesungguhan yang betul-betul untuk mendekati mereka… Lagipun, banyak dari-dari mereka itu… Gangster-gangster belaka… Baik yang melayu, mahupun yang cina dan india… Kesemuanya punya kumpulan masing-masing… Aku sudah banyak kali menyaksikan pergaduhan antara mereka setiap kali pulang dari sekolah… Pernah juga curi-curi baling batu ke arah sekumpulan gangster sekolah yang sedang bergaduh dari jauh… Owh… Seronok… Lebih seronok lagi kalau batu-batu itu tepat kena pada kepala mereka… Dan aku pula akan cepat-cepat cabut lari…
Di sekolah itu… Aku bukan pelajar yang suka menonjolkan diri… Paling tidak gemar menyertai aktiviti ko-kurikulum ataupun rumah sukan… Sering mengelak dari memegang apa-apa jawatan… Aku lebih suka kalau orang kenal aku sebagai seorang yang pendiam… Atau tidak kenal aku langsung… Itu lebih baik…
Masa aku di tingkatan 1 dan 2… Sesi persekolahan adalah di waktu petang… Aku bencikan persekolahan di sesi petang… Kadang-kadang habis basah seragam sekolah aku basah dek peluh yang melenjun bila tiba ke kelas… Tambahan… kalau bersekolah di sesi petang… Aku akan miss banyak cerita-cerita kartun dan cerita-cerita cina yang sedap-sedap… Owh.. Rugi-rugi…
Waktu tingkatan 1 dan 2, aku ditempatkan di antara kelas yang terbaik… Kelas di mana pelajar-pelajarya diasingkan mengikut pencapaian peperiksaan akhir tahun… Kalau didalam kelas itu jumlahnya 40 orang… Aku biasanya akan mendapat no 20 dan ke atas… Dalam kelas itu… Aku memang pelajar yang paling kurang berdaya saing dan paling malas membuat kerja sekolah… Kadang-kadang aku akan curi-curi keluar untuk matapelajaran yang aku tidak suka… Mesti korang terkejut kalau aku beritahu matapelajaran yang paling aku tidak suka ialah matematik… Ohoi…
Dan bila naik ke tingkatan 3… Aku kena turun kelas dek keputusan yang corot… Masa hari pertama di tingkatan 3 aku berperang mulut dengan guru tingkatan… Sebabnya, aku kurang berpuas hati kenapa mereka menempatkan aku di kelas yang sedikit corot padahal keputusan aku bukanlah teruk sangat… Owh… Aku rasa macam janggal bila masuk ke dalam kelas itu… Aku hanya kenal beberapa orang… Selebihnya lagi memang aku tidak pernah bertegur-sapa walaupun kami dalam satu sekolah yang sama…
Tapi di tingkatan 3 itu benar-benar merubah diri aku… Bukannya aku sudah jadi lebih pandai… Atau aku sudah jadi lebih rajin belajar… Tapi sebab aku seronok berada dalam kelas itu… Pelajar-pelajarnya gila-gila sedikit… Suka melawan cakap cikgu dan paling malas menyiapkan kerja sekolah… Ya… Sama macam aku kan?…. Tapi sikap nakal dan malas mereka memang telah melampaui aku… Dan aku memang sukakan suasana macam itu… Pelajar-pelajarnya malas mengadap buku jadi aku tidak akan rasa tertekan sangat untuk belajar… Lebih-lebih lagi nak bandingkan keputusan antara kami semua untuk setiap peperiksaan…
Dan yang kelakarnya… Aku merubah menjadi pelajar yang aku sendiri tidak gemar semasa aku di tingkatan 1 dan 2… ya… Aku selalu mendapat tempat yang teratas di dalam kelas… Kerja-kerja rumah yang aku selalu buat pada saat-saat akhir selalu ditiru oleh rakan -rakan lain… Owh… Situasi sudah terbalik… Aku akhirnya menjadi bukan aku… Watak cerita tetap sama… Masih sangat malas seperti dulu… Yang berbeza ialah jalan cerita… Aku yang selalu menjadi antara yang tercorot di dalam kelas… Kini bertukar kepada pelajar harapan di dalam kelas… Siot…
Mungkin sebab Tuhan mahu tunjukkan sesuatu pada aku… Menjelmakan sikap buruk aku pada tubuh badan orang lain… Supaya aku dapat perhati… Supaya aku boleh perbaiki…
Lagipun… Tuhan punya rencana-Nya yang tersendiri kan?
Tapi itulah cerita alam persekolahan aku… Cerita biasa sewaktu aku di tingkatan 1 hingga 3… Walaupun jalan ceritanya biasa… Tapi bagi aku… Yang biasa itulah yang istimewa…
Aku teringat… Teringat akan beberapa memori yang hampir lupus dalam ingatan… Ada beberapa nama yang masih segar di ingatan… Dan ada beberapa wajah yang masih kekal dalam bentuk bayangan yang sudah kabur… Tapi kebanyakan dari mereka, sudahpun lama aku tinggalkan… Sudahpun aku buang-buang jauh-jauh tanpa ketidak sengajaan… Maaf kawan-kawan… Semakin lanjut umur aku… Semakin banyak perkara yang aku lupa…
Malam tadi sempat ber”ym” dengan seorang rakan perempuan… Pernah sama-sama menuntut di satu kelas yang sama pada tingkatan 3… Sebelum aku berhijrah ke sekolah yang lain… Itupun buat pertama kali selepas 9 tahun tidak bertegur sapa… 9 tahun… Satu jangka masa yang sangat lama pada aku… Perbualan kami malam tadi menngingatkan aku kepada banyak perkara… Tentang sekolah aku diatas bukit… Tentang guru-guru yang pernah mengajar aku… Tentang perkara-perkara yang pernah berlaku pada hidup aku sepanjang menuntut ilmu disana… Dan tentang kawan-kawan aku tentunya…
Hurmmm… Apa khabar kamu semua agaknya…
salam kenal,
nice story rozak. sekarang rozak tingkat berapa? maksud aku high school atau kuliah ?
salam kenal maifathul arif….
owh… cerita2 saya biasa2 saja…
skarang saya di tahun akhir kuliah…
terima kasih kerana singgah..
p/s: by d way… nama saya faris… bukannya rozak..hehe…
pernah rase berade d tmpt anda. just bezanye qila tukar skola, bkn tukar kelas… eheh. erm. skola itu best even bnyk jgk pahitnye. indah. =]
wah maaf faris. awak kira rozak. faris abd razak.
qila;
yups… sekolah mmg byk memori yg best2… pahit itu kdg2 indah…
mifathul;
hihi..no prob..skng dah tau kan nama sy..hihi…
teringat zaman2 sekolah dulu.. seronok..:)
chegu;
hihi..zaman skola mmg sronok…rindu….hehe