Jap-jap… Sikit saja lagi feel berblogging itu mahu sampai… Bagi aku selesaikan beberapa urusan sempena bulan yang mulia ini sebelum beralih-arah menjadi penulis blog tegar macam dulu… Boleh kan?
terlupa…
13 08 2009Erk… Aku terlupa satu ketika dulu benda alah nih pernah jadi peneman hidup di kala aku suka dan duka… Haishhh… Maaf ye… Berikan aku masa sedikit lagi, aku janji aku akan kembali…
Hey… Aku rindukan kamu semua… Ye… Kamu… Rakan-rakan blogger aku…
P/S: Boleh pula lupa password masa nak log in tadi… Haishhh…
Comments : 5 Comments »
Categories : Coret-coret
selamat berpasang2an & pengantin baru 09
19 05 2009Sepatutnya bagi aku tahun ini… Aku melihat bulan 2 bukanlah bulan yang boleh dikira sebagai bulan valentine… Tapi lebih layak lagi kalau bulan valentine itu diadakan pada bulan 5 tahun ini… Sebab apa? Sebab bulan ini aku rasa banyak gila pasangan-pasangan yang dah mula mahu mendirikan rumahtangga… Dan tidak kurang juga ada kawan-kawan aku yang dah mula jumpa pasangan masing-masing pada bulan ini… Owh… Sweetnya… Aku, bila setiap kali tahu si polan dengan si polan sedang bercinta… Aku dengan segera akan mengusik… Ayat yang paling aku suka guna…”Dengar cerita ko bahagia sekarang?’… Dan kawan-kawan aku yang terkena ayat yang macam itu mesti akan rasa malu-malu kucing… Takpun akan tersengih-sengih macam kerang busuk… Atau lebih tepat lagi, suka sangat buat muka-muka toye, seolah-olah menagih simpati supaya aku boleh flying kick dorang dari jauh…
Adakah dengan bertanya soalan macam itu menunjukkan aku ini seorang yang suka membahan-bahan mereka atau cuba mengejek-ngejek kecil mereka… Tidak… Sikit pun tidak… Sebab, dalam sudut hati aku ini… Aku rasa macam aku juga berkongsi sebahagian dari kebahagian yang mereka alami sekarang… Yang aku ceritakan ini bukan merujuk kepada semua orang… Tapi lebih menrujuk kepada kawan-kawan rapat aku sendiri… Kawan-kawan yang aku tahu selok-belok kisah cinta mereka… Yang aku dah saksikan suka-duka ditinggalkan oleh kekasih hati dan bersusah-payah cuba membina balik semangat diri… Jangan pula korang rasa ayat aku ini nampak macam dramatik gila… Macam aku cuba memperbesar-besarkan cerita… Sedangkan… Inilah hakikat yang aku sendiri nampak… Tapi belum sepenuhnya pernah aku rasa… Ohoi…
Ok… Cukup sampai situ… Aku takut nanti ada orang salah faham dengan apa yang aku tulis pula…
Owh… Baru-baru ini aku ke Perlis, kawan baik masa aku belajar di Kedah dulu kahwin… Sangat jauh dan penat… Tapi sebab memikirkan yang sebelum ini aku dah berjanji dengan dia untuk datang ke majlis kahwin dia… Maka aku nekad pergi… Walaupun janji itu janji yang dibuat hampir 3 tahun yang lepas…
Ada satu waktu… Kawan aku yang kahwin tuh, offer pula aku tangkap gambar dia dengan isteri dia dalam bilik dorang… Mula-mula segan juga aku… Maklumlah, aku pakai digital camera jer… Tambah-tambah pula dorang memang dah upah cameraman lain yang lebih bertauliah… Tapi waktu aku sedang-sedang asyik seronok tangkap gambar dorang posing… Entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam happy sangat… Macam aku pula yang kahwin… Ohoi… Mungkin sebab aku rasa happy tengok dorang macam itu… Sebab aku… Bila tengok orang lain bahagia… Aku secara automatik pun akan jadi bahagia juga… Masa nak balik… Aku salam dan peluk kawan baik aku… Aku bisikkan pada telinga dia… “Jep… Selamat pengantin baru… Semoga bahagia ke anak cucu… Aku rasa happy giler tengok ko dah kahwin”… Kemudian di balas balik bisikan pada telinga aku.. “Terima kasih ris… Mekasih sebab hang datang jauh-jauh tengok aku… Time hang nanti kompom aku datang”… Aku tergelak besar… Aku kata pada dia “Time aku lambat lagi jep”…
Masa dalam kereta… Aku termenung sendiri… Melihat sawah padi yang masih kelihatan hijau muda kerana baru ditanam… Pohon-pohon tebu yang tumbuh banyak di tepi-tepi jalan… Aku terfikir… Entah bila lagi aku akan jumpa kawan-kawan aku semua… Sebab… Kebanyakan dari mereka yang aku jumpa waktu kenduri tu… Semuanya sesudah 3 tahun berlalu… Selepas ini… Adakah setelah berlalunya 3 tahun… 13 tahun atau 30 tahun baru aku dapat jumpa mereka semua kembali?

Dalam bas… Bekem, kawan aku, sibuk berceloteh pasal kawan-kawan kami yang sudahpun peroleh kerja yang bagus-bagus dan tidak ketinggalan juga kawan-kawan kami yang sudahpun selamat mendirikan rumah tangga… Seolah-olah ada unsur cemburu pada nada suaranya…
Aku cakap pada dia… Tentang satu prinsip yang aku pegang dalam diri bila setiap kali aku lihat Allah bagi sedikit kelebihan rezeki pada orang lain…
“Kita nih kan Bekem… Allah memang dah tentukan rezeki masing-masing… Tinggal cepat atau lambat jer kita nak dapat rezeki tuh…
Jadi… Dalam hidup ini… Kita memang kena banyak bersabar… Dan yakin dengan segala cara dan ketentuan-Nya…
Comments : 3 Comments »
Categories : Uncategorized
selamat ari ibu 2009
10 05 2009Owh… Lamanya aku tak update blog ni… Memang sengaja aku tak update… Bukan sebab aku malas atau tiada benda nak cerita… Tapi sebab rumah aku ni, tiada internet… Dulu aku rajin berblogging nih sebab dekat rumah sewa aku dengan office aku memang ada internet… Tapi sekarang… Aku mungkin dah boleh selalu update… Sebab semalam aku baru sahaja register boadband… Jadi, Insya’Allah… Kalau ada kelapangan… Dan kalau mood berblogging itu datang… Aku akan pastikan blog ini tidak bersawang lagi…
OK… Berbalik pada perkara asal… Hari ini 10 May kan?… So aku mahu ucapkan “Selamat Hari Ibu” buat emak tersayang… Puan Saripah Bt. Sulaiman…
Aku sebenarnya memang jarang nak luahkan atau nak tunjuk dekat mak yang aku sayang dekat dia… Tapi secara sejujur-jujurnya… Dalam dunia ini… Orang yang aku paling sayang sekali memang emak aku…
Sebab dia yang melahirkan aku, menyusukan aku, membesarkan aku, menyekolahkan aku, bagi aku wang belanja dan lain-lain lagi… Pendek kata… Dia perempuan dalam dunia ini yang paling faham tentang diri aku… Jadi… Tiada sebab kenapa aku tidak patut menyayangi dia lebih dari orang lain kan?
Mak… Terima kasih sebab membesarkan aku selama ini… Sehingga aku betul-betul “besar”…

Untuk Kak Min dan Kak Reen… Selamat Hari Ibu kak… Buat kawan-kawan aku yang sudah atau hampir bergelar ibu pun aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu… Dan buat semua warga-warga ibu di luar sana… ‘Selamat Hari Ibu”… Jasamu memang akan dikenang sehingga ke akhir hayat ku… Ohoi…
**********************************************************************************************************************
Lari Topik:
Erk… Aku juga nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat dua sahabat ini… Si Fakhri Rosli yang kacak… Dan Si Farahana yang anggun… Wei… Birthday korang sama tarikh rupanya ek… Hurm… Macam ada jodoh jer nih… Hehe…
Comments : 4 Comments »
Categories : Keluarga saya, Kisah saya dan rakan
au revoir imagika et hezzcom
25 04 2009Alhamdulillah… Saya telahpun selesai menjalani latihan praktikal di sini… Hari-hari akhir disini memang agak sayu bagi saya…. Manakan tidak… Farewell party yang mereka adakan untuk kami yang kononnya ingin mereka adakan secara kejutan dapat kami baca… Maklumlah kami ini anak-anak yang nakal di Imagika dan juga Hezzcom… Masakan kami tidak tahu plan yang mereka atur dari awal… Kononnya mahu minta pada saya gambar-gambar aktiviti yang kami lakukan sepanjang kami melakukan praktikal disini sebagai bahan laporan untuk dihantar kepada pensayrah…. Tapi rupa-rupanya untuk dibuat satu video pendek tentang kami… Kononnya kami diarahkan untuk bergegas ke lokasi pada malam hari… Rupa-rupanya mereka mahu adakan satu kejutan party untuk kami… Kak Afza… Kitaorang boleh baca itu semua… Macam saya katakan… Kami ini anak-anak yang nakal… Tidak mudah tertipu… Cuma… “Suprise” di saat-saat akhir itu sedikit mengejutkan… Dan kami benar-benar tidak menyangka akan diberi penghargaan sebegitu rupa… Terima kasih banyak Kak dan juga En. Hezlee diatas pemberian tersebut…
Saya tentunya akan rindukan moment-moment manis disini… Ya… memang ada saat-saat pahit dan pedih… Letih lelah… Sakit hati dan sebagainya… Tapi dari memikirkan kesusahan –kesusahan yang telah berlalu itu… Saya lebih gemar memikirkan saat-saat indah dengan korang semua… Saat saya bersama Nurul, Abang Mat, Maliza, Linda dan Yaya yang terlebih dahulu meninggalkan Imagika dan Hezzcom… Saat-saat bersama Kak Diana yang selalu melayan saya seperti adik kecil… Saat-saat saya dan si Ina yang sentiasa sabar melayan kerenah saya yang kebudak-budakan… Saat-saat bersama Kak Afza selaku boss yang sporting… Si Hernee yang selalju jarang ada di pejabat tapi bila sekali ada akan menceriakan suasana… Saat saya bersama Intan yang selalu saja tersenyum dan tergelak kecil melihat telatah saya… Serta En. Zairol, my smoking partner selepas makan… Juga saat saat saya bersama Amy dan Zack yang kurang sedikit waktunya…
Buat warga production… Mr. K yang sudah saya anggap seperti rakan karib kami, Abang Nik yang sabar melayah kerenah duit claim kami dan selalu join aktiviti online game kami sehingga ke tengah malam, Abg. Zack yang selalu saja serius pada pandangan saya, Abang Khalil yang selalu saya kagumi… Wak Dol yang penuh dengan cerita-cerita sensasi dan lucu.. Abul yang sentiasa macho di hati saya… Bidi yang selalu saja tersenyum dan mendiamkan diri, Mr. Strom yang selalu saja perasan bagus… Mr. Jim yang jarang saya tegur, Mr. CK Wong yang selalu ambil berat tentang kerja kami dan Si Dashril tentunya… Jejaka berasal dari Indonsia yang akan paling saya rindui…
Kamu semua… Terima kasih… Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar pada saya tentang banyak perkara… Tentang kehidupan… Tentang semangat berpasukan…. Tentang alam perkerjaan dalam dunia perfileman… Dan tentang nilai-nilai kekeluargaan yang kita bina selama beberapa bulan ini…
Saya malu untuk mengatakan perkara ini secara lisan… Tetapi… Jauh dalam sudut hati ini… Saya betul-betul akan rindukan kenangan sepanjang bersama kamu semua… Betul… Saya sayangkan kamu semua…
Untuk Kak Di… Video yang Kak Di buat untuk kami itu memang touching…Saya suka giler… (Tapi masih belum cukup sedih)
Untuk Ina… Jangan cepat marah-marah… Nanti cepat tua…
Untuk Kak Afza… Terima kasih untuk segalanya… Terima kasih kerana memberi peluang pada saya untuk menjadi sebahagian dari warga Imagika…
Untuk Intan… Hey… Gambar banyak-banyak yang kamu tangkap tuh jangan lupa kongsikan dengan saya ya…
Untuk Linda… Pada satu-satu masa, bukan semua perkara itu perlu dilakukan dengan sempurna… Jangan skema sangat Linda… :p
Untuk Yaya… Kamu macam rakan karib saya… Owh… Lain kali, kalau mahu ambil roti saya… Mintak izin ya… : )
Untuk Herne… Jangan tensi-tensi layan perasaan kerana cinta… Tak berbaloi… Semoga ceria selalu ya Hern…
Untuk Maliza… Hey… Kita masih ada urusan yang belum selesai… :p
Untuk warga produksi… Good Luck untuk filem CE1… Semoga filem ini, menjadi filem blockbuster…
Untuk Botam, Keon dan Hamim… Kita sememangnya satu team yang best kan? Seronok bekerja dengan korang… Semoga kita dapat bekerjsama lagi…
Akhir kata… Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf dari semua pihak, jika sepanjang penglibatan saye bersama-sama dengan korang semua, mungkin ada sebarang cacat-cela, kerja yang tidak memuaskan, perbuatan yang tidak menyenangkan, makan minum yang mungkin tidak dihalalkan… Saya pohon minta dihalalkan ya…
Korang semua… Selamat tinggal…
Comments : 4 Comments »
Categories : Uncategorized
haish
20 04 2009Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam…
Dengan nama Allah yang maha pemurah… Lagi maha pengasih dan maha penyayang…
Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam…
Yang maha pengasih lagi maha penyayang…
Yang menguasai Hari pembalasan…
Hanya kepada Engkau kami sembah dan meminta pertolongan…
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus…
Jalan yang Engkau berikan Nikmat dan bukan jalan-jalan orang yang Engkau murkai…
Sampai sini saja tafsiran surah Al-Fatihah yang aku ingat… Dulu waktu kecil memang aku hafal… Errr… Dipaksa hafal oleh ustazah… Sebab setiap kali masuk kelas, dia akan soal kami sorang-sorang… Dan ustazah itu memang sangat garang…
Kenapa aku tiba-tiba selitkan sikit tafsiran surah ini… Sebab, sekarang ini hati aku penuh dengan sifat kebencian… Meluat… Sakit hati dan segala sifat-sifat yang seumpama dengannya… Dan aku paling benci terhadap diri sendiri bila sifat-sifat macam ini hadir pada waktu-waktu yang tidak sepatutnya ia hadir…
Barangkali orang memang jarang lihat aku melenting… Sangat jarang… Lebih-lebih lagi kawan-kawan aku… Sebab bila aku ada dekat dengan dorang… Aku biasanya akan jadi seorang yang sangat ‘happy go lucky’… Tapi malam semalam… Bila bos aku call minta supaya disiapkan satu tugas yang sangat mustahil untuk disiapkan dalam satu hari… Hati aku jadi membara…
Aku dah terangkan sebab-musabab kenapa benda itu mustahil untuk disiapkan dalam satu hari nanti… Tapi dia buat-buat tidak faham… Atau dia sebenarnya memang tidak faham?… Atau mungkin sebab dia itu boss… Jadi dia punya kuasa veto untuk “memaksa” aku melakukan tugasan itu tanpa sebarang alasan…
Saat-saat aku menjalani latihan praktikal disini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi… Kadang-kadang aku rasa mahu cepat-cepat habis dan lari dari sini… Hati aku pun dah mula berat untuk mempertimbangkan tawaran yang dorang bagi supaya aku terus duduk di syarikat ini…
Tolong… Tolong jangan bagi aku tinggalkan tempat ini dengan penuh rasa prejudis dan kebencian pada tahap yang melampau… Sebab aku sayangkan tempat ini… Sebab aku dah anggap orang-orang dekat sini macam keluarga aku juga… Termasuklah bos aku sendiri… Aku cuma harap… Dalam keadaan macam ini, kita sama-sama faham situasi masing-masing…
Comments : 3 Comments »
Categories : Praktikal
selamat tggl n slmt ari jadik
5 04 2009Salam… Maaf.. Buat waktu-waktu terdekat ini aku memang jarang ada masa untuk menggarap entri baru… Yang inipun aku dah setkan dalam otak supaya aku tak tulis panjang-panjang sangat… Aku pun tak tau sampai bila lagi aku akan terus menulis kat sini, sebab aku macam dah mula rasa waktu yang aku ada untuk berkongsi cerita dengan korang semua semakin terbatas…
OK… Entri pendek kali ini hanya ada 2 perkara penting yang aku selitkan bersama… Yang aku nak simpan dalam diari maya aku nih…
Yang pertama… Aku nak ucapkan selamat tinggal untuk 2 orang rakan yang telah sama-sama menjalani praktikal kat tempat aku nih…. Yaya dan Linda… Korang dua antara manusia yang menjadikan hidup aku kat sini seronok gila… Terima kasih sebab mengajar aku banyak perkara dan terima kasih sebab sudi melayan kerenah aku yang gila-gila… Terima kasih…

Yang kedua… Aku nak ucapkan selamat hari jadi kepada jejaka kacak ini… Khairur Rijal… Selamat hari jadi yang ke 30 abang kacak… Wah… Gila tua engkau nih… Aku doakan semoga hidup kamu diberkati dan diredhai oleh-Nya… Dan yang paling utama… Semoga engkau cepat kahwin…

Ok… Cukup… Aku masih ada perkara yang perlu diuruskan… Semoga kita bertemu lagi….
Comments : 3 Comments »
Categories : Praktikal
mache di hati kawe…. tol ke?
26 03 2009Owh… Perjalanan ke Kelantan dengan berkereta memang meletihkan… Lebih-lebih lagi untuk orang macam aku… Orang macam aku?… Iye… Orang macam aku yang buat pertama kali ke Kelantan sepanjang aku hidup dalam 24 tahun ini… Atau hampir tepat lagi… 23 tahun dan 8 bulan… Rata-rata reaksi kawan-kawan yang aku beritahu bahawa aku akan ke Kelantan baru-baru ini… Semuanya akan tergelak besar… Macam tidak percaya… Kenapa? Sebab… Sebab… Sebab… Aku ada rahsia aku sendiri yang aku taknak ceritakan dekat korang sampailah tiba saatnya nanti… Ohoi…
Ok… jadi berbalik pada cerita tentang aku berkunjung ke Kelantan… Sebenarnya bila seorang crew production kat tempat aku tawarkan aku untuk ikut bersama… Aku segera bersetuju… Sebab utama… Bukan pasal aku mahu berkunjung ke Kelantan semata-mata… Tapi sebab aku mahu dapatkan pengalaman bekerja di Kelantan… Erk… Logik tak sebab aku? Ok… Tak berapa nak logik kan? Korang baca lagi apa yang aku tulis nih… Sebenarnya… Tempat aku praktikal sekarang, ialah sebuah production house… Iye… Korang yang tak tahu menahu tentang latar belakang pendidikan aku, mesti akan rasa benda ini biasa-biasa saja… Tapi untuk pengetahuan korang… Aku adalah seorang pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan mekatronik… jadi… Bila orang macam dalam bidang aku menjalani latihan industri di sebuah production house… Itu mestilah menjadi satu keganjilan kan? Lebih-lebih lagi untuk pelajar-pelajar kejuruteraan macam aku… Kan? Kan? Kan? Eh korang paham ke tak nih? Kalau tak paham takpe… Nanti korang boleh direct hantar komen kat aku… Insya’Allah… Aku akan teerangkan balik kat korang dengan sebaik mungkin…
Jadi tugas aku di kelantan sebenarnya adalah sebagai assistant production… Wah… Tengok… Kan lari dengan bidang yang aku belajar… Macam kata Wak Dol… Aku ini dah menceburi bidang terjun… Ohoi… Aku duduk dalam 4 hari di Kelantan cuba-cuba menyiapkan satu video korporat untuk UiTM Kelantan… Dan ada 3 buah UiTM di sana yang aku lawati… UiTM Machang yang penuh dengan pelajar-pelajar perempuannya ayu lagi pemalu… UiTM Kota Bharu yang banyak dengan pelajar perempuannya yang cantik lagi gedik… Dan UiTM Jeli yang tiada pelajar langsung… Baik lelaki mahupun perempuan…
jadi apa tugas aku? Mudah sangat… Ambil still photo… dan kadang-kdang menolong cameraman dan production management aku meng”setup”kan suasana pelajar-pelajar di setiap UiTM itu supaya rakaman yang dorang ambil nanti… Nampak hidup… Mudah kan… Dan itulah pengalaman yang aku mahu sebenarnya… Pengalaman yang aku rasakan jauh berbeza dari rakan-rakan aku yang lain yang juga sedang menjalani latihan berpraktikal di tempat masing-masing…
Bila aku pulang ke KL… Semua kawan-kawan aku tanya… Apa citer? Best tak Kelantan? Aper ko buat kat sana? Aper macam Kelantan?… Jawapan aku… “Kelantan… Macam-macam ada” Baik dari orangnya yang peramah… Mahupun makanan yang murah-murah… Yup… Aku tentunya akan rindukan Kelantan dalam masa terdekat ini… Lebih-lebih lagi Machang…
Ini ada satu senario yang boleh buatkan korang ketawa… Aku harap lah korang ketawa… Sebab waktu ini… Aku memang dah jadi malu giler…
Senario di sebuah bengkel lukisan/pertukangan or whatever…
Aku yang bajet hensem: Dik2… Pandanglah kamera… Abang nak ambik gamba nih?
Si gadis yang ayu duduk bersimpuh sambil bertukang menjawab…
“Taknaklah… Malu”
Aku yang bajet hensem: Ok lah… Kalau camtuh abang ambik sipi muka jer… Adik angkatlah muka tuh…
Si gadis yang ayu duduk bersimpuh sambil bertukang menjawab lagi…
“Ish… Takmoh2…”
Aku yang bajet hensem:Ok lah… Kalo adik taknak pandang kamera… adik pandanglah abang…
Si gadis yang ayu duduk bersimpuh sambil bertukang, memandang aku sambil tersenyum… Lalu tergelak besar…
Tindakan aku lepas itu… Pandai-pandailah korang tafsir ek…
P/S: Kalau mahu menjiwai dialog gadis ayu yang duduk bersimpuh sambil bertukang itu… Korang kena baca dengan loghat kelantan yang sangat pekat… kalau malu takpe…. Baca senyap2 dalam hati… Ok…

Seperti biasa… Gambar aku jarang akan muncul untuk entri-entri yang aku tulis… Kalau orang lain punya entri… Itu belakang cerita…
Comments : 10 Comments »
Categories : Praktikal
sekolah atas bukit
18 03 2009Sekolah itu letaknya atas bukit… Kalau dari rumah aku… Perlu berjalan hampir 1/2 kilometer… Ya jaraknya memang tidak berapa jauh… Tapi sebab perlu meredah bukit yang sudah bertar dengan batu-batu hitam jalan raya… Aku rasa perjalanan ke sekolah itu sedikit meletihkan… Kadang-kadang… Jalan untuk ke sekolah boleh jadi sibuk dengan kenderaan yang lalu-lintas… Baik di awal pagi… Mahupun di lewat petang…
Sekolah itu sekolah campur… Punya pelbagai kaum yang berbilang bangsa… Tapi masih majoritinya anak-anak melayu… Yang peliknya… Aku tiada seorang pun kawan rapat yang berbeza bangsa dengan aku sepanjang aku belajar di sekolah itu… Bukan sebab aku ini bersikap perkauman, tapi mungkin aku sendiri yang tidak punya kesungguhan yang betul-betul untuk mendekati mereka… Lagipun, banyak dari-dari mereka itu… Gangster-gangster belaka… Baik yang melayu, mahupun yang cina dan india… Kesemuanya punya kumpulan masing-masing… Aku sudah banyak kali menyaksikan pergaduhan antara mereka setiap kali pulang dari sekolah… Pernah juga curi-curi baling batu ke arah sekumpulan gangster sekolah yang sedang bergaduh dari jauh… Owh… Seronok… Lebih seronok lagi kalau batu-batu itu tepat kena pada kepala mereka… Dan aku pula akan cepat-cepat cabut lari…
Di sekolah itu… Aku bukan pelajar yang suka menonjolkan diri… Paling tidak gemar menyertai aktiviti ko-kurikulum ataupun rumah sukan… Sering mengelak dari memegang apa-apa jawatan… Aku lebih suka kalau orang kenal aku sebagai seorang yang pendiam… Atau tidak kenal aku langsung… Itu lebih baik…
Masa aku di tingkatan 1 dan 2… Sesi persekolahan adalah di waktu petang… Aku bencikan persekolahan di sesi petang… Kadang-kadang habis basah seragam sekolah aku basah dek peluh yang melenjun bila tiba ke kelas… Tambahan… kalau bersekolah di sesi petang… Aku akan miss banyak cerita-cerita kartun dan cerita-cerita cina yang sedap-sedap… Owh.. Rugi-rugi…
Waktu tingkatan 1 dan 2, aku ditempatkan di antara kelas yang terbaik… Kelas di mana pelajar-pelajarya diasingkan mengikut pencapaian peperiksaan akhir tahun… Kalau didalam kelas itu jumlahnya 40 orang… Aku biasanya akan mendapat no 20 dan ke atas… Dalam kelas itu… Aku memang pelajar yang paling kurang berdaya saing dan paling malas membuat kerja sekolah… Kadang-kadang aku akan curi-curi keluar untuk matapelajaran yang aku tidak suka… Mesti korang terkejut kalau aku beritahu matapelajaran yang paling aku tidak suka ialah matematik… Ohoi…
Dan bila naik ke tingkatan 3… Aku kena turun kelas dek keputusan yang corot… Masa hari pertama di tingkatan 3 aku berperang mulut dengan guru tingkatan… Sebabnya, aku kurang berpuas hati kenapa mereka menempatkan aku di kelas yang sedikit corot padahal keputusan aku bukanlah teruk sangat… Owh… Aku rasa macam janggal bila masuk ke dalam kelas itu… Aku hanya kenal beberapa orang… Selebihnya lagi memang aku tidak pernah bertegur-sapa walaupun kami dalam satu sekolah yang sama…
Tapi di tingkatan 3 itu benar-benar merubah diri aku… Bukannya aku sudah jadi lebih pandai… Atau aku sudah jadi lebih rajin belajar… Tapi sebab aku seronok berada dalam kelas itu… Pelajar-pelajarnya gila-gila sedikit… Suka melawan cakap cikgu dan paling malas menyiapkan kerja sekolah… Ya… Sama macam aku kan?…. Tapi sikap nakal dan malas mereka memang telah melampaui aku… Dan aku memang sukakan suasana macam itu… Pelajar-pelajarnya malas mengadap buku jadi aku tidak akan rasa tertekan sangat untuk belajar… Lebih-lebih lagi nak bandingkan keputusan antara kami semua untuk setiap peperiksaan…
Dan yang kelakarnya… Aku merubah menjadi pelajar yang aku sendiri tidak gemar semasa aku di tingkatan 1 dan 2… ya… Aku selalu mendapat tempat yang teratas di dalam kelas… Kerja-kerja rumah yang aku selalu buat pada saat-saat akhir selalu ditiru oleh rakan -rakan lain… Owh… Situasi sudah terbalik… Aku akhirnya menjadi bukan aku… Watak cerita tetap sama… Masih sangat malas seperti dulu… Yang berbeza ialah jalan cerita… Aku yang selalu menjadi antara yang tercorot di dalam kelas… Kini bertukar kepada pelajar harapan di dalam kelas… Siot…
Mungkin sebab Tuhan mahu tunjukkan sesuatu pada aku… Menjelmakan sikap buruk aku pada tubuh badan orang lain… Supaya aku dapat perhati… Supaya aku boleh perbaiki…
Lagipun… Tuhan punya rencana-Nya yang tersendiri kan?
Tapi itulah cerita alam persekolahan aku… Cerita biasa sewaktu aku di tingkatan 1 hingga 3… Walaupun jalan ceritanya biasa… Tapi bagi aku… Yang biasa itulah yang istimewa…
Aku teringat… Teringat akan beberapa memori yang hampir lupus dalam ingatan… Ada beberapa nama yang masih segar di ingatan… Dan ada beberapa wajah yang masih kekal dalam bentuk bayangan yang sudah kabur… Tapi kebanyakan dari mereka, sudahpun lama aku tinggalkan… Sudahpun aku buang-buang jauh-jauh tanpa ketidak sengajaan… Maaf kawan-kawan… Semakin lanjut umur aku… Semakin banyak perkara yang aku lupa…
Malam tadi sempat ber”ym” dengan seorang rakan perempuan… Pernah sama-sama menuntut di satu kelas yang sama pada tingkatan 3… Sebelum aku berhijrah ke sekolah yang lain… Itupun buat pertama kali selepas 9 tahun tidak bertegur sapa… 9 tahun… Satu jangka masa yang sangat lama pada aku… Perbualan kami malam tadi menngingatkan aku kepada banyak perkara… Tentang sekolah aku diatas bukit… Tentang guru-guru yang pernah mengajar aku… Tentang perkara-perkara yang pernah berlaku pada hidup aku sepanjang menuntut ilmu disana… Dan tentang kawan-kawan aku tentunya…
Hurmmm… Apa khabar kamu semua agaknya…
Comments : 7 Comments »
Categories : Coret-coret, Kisah saya dan rakan
tulun…tulun… ada orang giler nak bunuh aku…
15 03 2009Sila click link di bawah ini…
maliza = psycho killer
Maliza, aku dah buat pilihan… Aku pilih yang pisau… Sebab aku tahu, benda tuh jer yang kau larat nak angkat… Lebih-lebih lagi nak tusuk dekat badan aku yang kebal nih…
P/S; Kalau berani buat la… Aku gunakan sumpit tuh je dah ok…
Comments : 6 Comments »
Categories : Kisah saya dan rakan, Praktikal